Lihat di Bahasa Lain
     


17 daripada kalangan individu dan agensi paling cemerlang dalam sektor hartanah menerima pengiktirafan tertinggi baru-baru ini di Anugerah Pengiklanan Ejen (AAA) iProperty.com 2015.

Anugerah yang menerapkan taraf tertinggi industri dan diberi jolokan Piala Oskar industri hartanah tersebut dianjurkan oleh iProperty.com, laman sesawang hartanah nombor 1 Malaysia. Majlis dilangsungkan di Hotel One World dengan dihadiri oleh lebih 500 orang profesional hartanah.

Berucap di majlis tersebut, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif iProperty Group, Georg Chmiel berkata iProperty.com AAA 2015 ditujukan untuk menobatkan para profesional teladan dan paling cemerlang dalam bidang hartanah negara ini, mereka yang berjaya mencita dan mencipta produk-produk paling mempesona dalam industri hartanah.

Berikut ialah senarai pemenang 17 kategori Anugerah Pengiklanan Ejen iProperty.com 2015:

Agensi

1. Agensi Hartanah Paling Cemerlang (Titanium) - Chester Properties Sdn Bhd

2. Agensi Hartanah Paling Cemerlang (Platinum) - IQI Realty Sdn Bhd

3. Agensi Cemerlang (Titanium) - Vivahomes Realty

4. Agensi Cemerlang (Platinum) - IQI Realty Sdn Bhd

5. Agensi Cemerlang (Emas) - MIP Properties

6. Agensi Hartanah Paling Dinamik - Full Homes Realty Sdn Bhd

7. Agensi Pemasaran Projek Elit - Big House Group

8. Bintang Agensi Hartanah - 5 pemenang kawasan

a. Rina Properties (Cheras)

b. Oriental Realty (Seri Kembangan)

c. Metro World Realty (Klang)

d. Kumpulan Syarikat ECG Affirm (Bukit Bintang)

e. Full Home Realty Sdn Bhd (Kota Kemuning)

9. Agensi Hartanah Paling Inovatif - Huttons One World Sdn Bhd

10. Aplikasi Agensi Paling Mutakhir - Big House Group

11. Agensi Hartanah Berwawasan - Vivahomes Realty

Anugerah Individu

1. Ejen Penerobosan Terbaik (Kediaman) - A. Ganesan, Universal Properties

2. Ejen Penerobosan Terbaik (Komersial) - Janet Chong, Hartamas OUG

3. Bintang Ejen - Kawasan (Kediaman) - 3 pemenang kawasan

a. Raphael Wong (Mont Kiara), Real Estate Finders

b. A. Ganesan (Petaling Jaya), Universal Properties

c. Wong Yau Long (Desa Park City), Cornerstone Realty

4. Bintang Ejen - Kawasan (Komersial) - Eugene Yap (City Centre), Focus Properties

5. Tenaga Pengajar Berwawasan - Chong Teck Seng, MIP Properties

6. Pemimpin Paling Cemerlang - Wong Yau Long, Cornerstone Realty

"iProperty.com Malaysia sangat berbangga dapat memberi penghormatan dan mengiktiraf tenaga profesional dan agensi hartanah terbaik negara ini. Penyertaan berkaliber tinggi yang kami terima benar-benar mencerminkan kalangan profesional yang dinamik, kreatif dan berdedikasi yang telah membawa kesan besar kepada ribuan pembeli dan pelabur hartanah tempatan dan antarabangsa. Sumbangan mereka kepada pasaran hartanah memang wajar disanjung dan kami amat gembira memiliki persada yang tepat untuk ini," kata Chmiel lagi.

Menurut Chmiel, lebih 100 penyertaan telah diterima dan diteliti oleh panel hakim yang ulung, terdiri daripada Ho Chin Soon, Pengarah Urusan Ho Chin Soon Research, Elizabeth Siew, Rakan Kongsi Tetuan Iqbal Hakim, Sia & Voo, Dato' Soo Kai Chee, Pengarah Penjualan dan Pemasaran MCT Bhd, David Chong, Naib Presiden, Penggalakan Pelaburan Malaysia Property Incorporated, serta beliau sendiri. Kemudian, calon-calon terbaik disaring untuk setiap satu daripada 17 kategori anugerah.

"Menyaring calon terbaik daripada yang terbaik ini bukan tugas mudah bagi panel hakim, tetapi kami harus pastikan semua pemenang yang dipilih memenuhi syarat yang ditetapkan dalam setiap kategori. Para pemenang kita malam ini bukan sekadar diiktiraf oleh kalangan profesional hartanah, malah akan dikenal pasti sebagai yang terbaik dalam industri dan kelak menyerlah di mata pembeli dan pelabur hartanah. Anugerah ini menambah kredibiliti mereka di kalangan pembeli dan penjual rumah," tambah Chmiel.

Semua penyertaan disemak dan disaring berdasarkan kriteria yang ditetapkan, termasuk data dan aktiviti dalam talian di iProperty.com Malaysia serta faktor luaran setiap kategori berkenaan. Setelah itu, PKF Malaysia menyemak keputusan dan memeriksa seluruh proses menurut kriteria yang ditetapkan, demi memastikan keaslian dan kesahihan setiap penyertaan.

Untuk penerangan lanjut tentang anugerah ini, sila layari: http://www.iproperty.com.my/agentsawards


Tentang iProperty Group Ltd

Headquartered in Kuala Lumpur, Malaysia, iProperty Group Ltd (ASX:IPP) is focused on developing and operating leading real estate portals and delivering the most comprehensive set of related real estate services and project marketing across the Region. The Group owns portals which are market leaders in Malaysia, Thailand, Indonesia and the Hong Kong Region and a leading portal in Singapore. The iProperty Group is continuously working to capitalise on its market-leading positions and the rapidly growing online property advertising market throughout the region.

    

Kontak

iProperty Group Ltd
WWW: www.iproperty-group.com



Perusahaan Terkait

iProperty Group Ltd
      


Industri Topik Terkait:

 (37312)