Lihat di Bahasa Lain
     


iProperty Group Ltd (ASX:IPP), pemilik rangkaian portal hartanah dan khidmat hartanah berkaitan Nombor 1 di Asia, hari ini mengemaskinikan panduannya untuk tahun 2015. Julat panduannya bagi Hasil mahupun EBITDA telah dinaikkan memandangkan pertumbuhan perniagaan secara berterusan yang tetap mengatasi jangkaan.

Kata Georg Chmiel, Pengarah Urusan dan CEO iProperty Group, "Kami amat gembira dengan prestasi perniagaan kami selama 5 bulan pertama tahun 2015 serta harapan yang cerah bagi tahun ini seterusnya."

Beliau menambah kata, "Operasi kami di Malaysia, Thailand dan Hong Kong terus meningkat, sedang Indonesia pula melanjutkan lagi kelebihan mengatasi saingan. Peralihan operasi kami di Singapura menjadi hub projek antarabangsa dan pemasaran projek juga berjalan sangat lancar.

Memandangkan prestasi yang cemerlang ini, kami dengan yakin meningkatkan panduan Hasil dan EBITDA kami bagi tahun ini."

Bagi tahun 2015, syarikat kini menjangkakan:

- Hasil sebanyak A$32.5 juta hingga A$36 juta (panduan sebelum ini: A$30 juta hingga A$36 juta); dan

- EBITDA sebanyak A$3 juta hingga A$6 juta (panduan sebelum ini: A$2 juta hingga A$5 juta).

Anggaran ini adalah berdasarkan prestasi perniagaan selama 5 bulan pertama tahun 2015, dan aras pembilan semasa bagi bulan-bulan seterusnya, serta tertakluk pada penyerahan dengan jayanya semua projek utama yang dirancangkan dan tukaran asing pada kadar semasa. EBITDA tidak merangkumi pelunasan pembayaran / opsyen berdasarkan saham.

Untuk meninjau siaran media ini, sila kunjungi:
http://media.abnnewswire.net/media/en/docs/ASX-IPP-863152.pdf


Tentang iProperty Group Ltd

Headquartered in Kuala Lumpur, Malaysia, iProperty Group Ltd (ASX:IPP) is focused on developing and operating leading real estate portals and delivering the most comprehensive set of related real estate services and project marketing across the Region. The Group owns portals which are market leaders in Malaysia, Thailand, Indonesia and the Hong Kong Region and a leading portal in Singapore. The iProperty Group is continuously working to capitalise on its market-leading positions and the rapidly growing online property advertising market throughout the region.

    

Kontak

Georg Chmiel
Pengarah Urusan dan CEO
iProperty Group Limited
Telefon: +60 12 423 3959
E-mel: ceo@iproperty.com

Nick Geddes
Setiausaha Syarikat
iProperty Group Limited
Telefon: +61 2 9329 0277
Faks: +61 2 9233 4497
E-mel: ngeddes@austcosec.com.au



Link: iProperty Group Ltd (IPP:AU+) Meningkatkan Panduan untuk 2015


Perusahaan Terkait

iProperty Group Ltd
      


Industri Topik Terkait:

 (38626)