Lihat di Bahasa Lain 4763 1822 1685 1613 1405 
Kuala Lumpur, April 27, 2015 AEST (ABN Newswire) - iProperty Group Ltd (IPP:AU) mengumumkan Laporan Tahunan untuk pemegang saham dengan butir-butir penting, termasuk pertumbuhan 15% dalam jumlah pendapatan, mencapai $21.8 juta.

Butir-butir penting untuk iProperty Group Limited bagi tahun 2014 termasuk:

- Pertumbuhan 15% dalam jumlah pendapatan, mencapai $21.8 juta

- Perbelanjaan mengurus bertambah hanya sekadar 1%

- EBITDA pulih daripada kerugian sebanyak $2.9 juta (2013) menjadi kerugian sebanyak $0.4 juta (2014) kerana kerugian permulaan dalam perniagaan transaksi

- Jumlah bil untuk 4Q14 sebanyak $7.9 juta mencapai rekod, dan memberi pelantar yang kukuh untuk tahun 2015

- Masuk ke pasaran Thailand dengan memperoleh yang #1 beruntung dalam pasaran

Malaysia

- Hasil meningkat 25% mencapai $14.7 juta daripada $11.8 juta

- EBITDA pulih 48% daripada $5.2 juta menjadi $7.8 juta, manakala margin EBITDA pulih daripada 44% menjadi 53%

Hong Kong

- Pertumbuhan hasil organik sebanyak 38%

- Memperoleh Squarefoot.com.hk untuk menyatukan kedudukan sebagai pemimpin di wilayah HK

- Keuntungan EBITDA permulaan sebanyak $0.3 juta daripada kerugian tahun lalu sebanyak $0.3 juta

Indonesia

- Hasil tumbuh 20% (dalam matawang tempatan)

- Perniagaan terutamanya bertumpu pada meningkatkan metrik pengguna dan pelanggan

- Penyenaraian tumbuh 40% mencapai 340,000 dan ejen pembayar meningkat lebih daripada 30% mencapai 10,009

Singapura, Antarabangsa dan eDagang (Transaksi)

- Pengembangan perniagaan di Singapura untuk melayan ejen dan pembina antarabangsa

- Masuk ke perniagaan Transaksi (eDagang) - 100 penjualan harta disokong pada selama tahun 2014

Untuk membaca laporan tahunan, sila lihat:
http://media.abnnewswire.net/media/en/docs/ASX-IPP-854427.pdf

Tentang iProperty Group Ltd

iProperty Group ASX:IPP

iProperty Group Ltd (ASX:IPP), yang beribu pejabat di Kuala Lumpur, Malaysia, berfokus pada pembangunan dan pengurusan portal hartanah yang terkemuka serta penyediaan serangkaian perkhidmatan hartanah dan pemasaran projek yang paling lengkap di serata Rantau ini. Kumpulan ini memiliki sejumlah portal yang merupakan pemimpin pasaran di Malaysia, Thailand, Indonesia dan Rantau Hong Kong, selain merupakan portal terkemuka di Singapura.

iProperty Group terus menerus berusaha memanfaatkan kedudukan sebagai pemimpin pasaran serta berkembang pesatnya pasaran iklan hartanah dalam talian di seluruh rantau ini.

    


Kontak

iProperty Group Ltd
WWW: www.iproperty-group.com



Perusahaan Terkait

iProperty Group Ltd       

ABN Newswire Halaman ini dilihat:  (7 Hari Terakhir: 1) (30 Hari Terakhir: 34) (Sejak Ditampilkan: 1685) 
ANALYTICS: LOGIN HERE

iProperty Group Ltd NEWS: RECENT VISITS (1789)

Lihat di Bahasa Lain 4763 1822 1685 1613 1405  (11288)

Media sosial