iProperty Group Ltd Stock Market Press Releases and Company Profile

Lihat di Bahasa Lain iProperty Group Ltd (ASX:IPP) Melaporkan Nilai Pungutan Rekod dan Aliran Tunai Suku Tahunan yang Positif iProperty Group Ltd (ASX:IPP)报告录得历史最高收款额和正数季度现金流 รายงานจากการเก็บข้อมูลและกระแสเงินสดที่เชื่อถือได้ของ iProperty Group Ltd (ASX:IPP) Iproperty Group Ltd (ASX:IPP)報告錄得歷史最高收款額和正數季度現金流 iProperty Group Ltd (ASX:IPP) Reports Record Collections and Positive Quarterly Cash Flow 
Melaporkan Nilai Pungutan Rekod dan Aliran Tunai Suku Tahunan yang Positif
Melaporkan Nilai Pungutan Rekod dan Aliran Tunai Suku Tahunan yang Positif

Kuala Lumpur, April 27, 2015 AEST (ABN Newswire) - iProperty Group Ltd (googlechartASX:IPP), pemilik rangkaian portal hartanah dan khidmat hartanah berkaitan Nombor 1 di Asia, hari ini menyiarkan laporan 4C bagi suku tahun pertama 2015. iProperty Group melaporkan pungutan tertinggi pernah direkodkan, hampir A$ 7.5 juta, iaitu kenaikan 41% atau A$ 2.2 juta berbanding tempoh serupa sebelumnya. Pungutan meningkat 46% bagi Malaysia dan juga Rantau Hong Kong, dan 49% bagi Indonesia, berbanding tempoh serupa sebelumnya.

Kumpulan juga merekodkan aliran tunai urusan bersih yang positif sebanyak A$ 0.4 juta serta aliran tunai keseluruhan bersih yang positif kira-kira A$ 0.1 million.

Kata Georg Chmiel, Pengarah Urusan dan CEO iProperty Group, "Kami sangat gembira dengan peningkatan jumlah pungutan dan juga aliran tunai pada suku tahun yang terbaru ini. Kami berharap trajektori pertumbuhan yang cemerlang ini akan berterusan sehingga akhir 2015."

Beliau menambah kata, "Operasi Malaysia dan Hong Kong terus meningkat, sedang Indonesia pula melanjutkan lagi kelebihan mengatasi saingan. Kami juga baru-baru ini selesai melaksanakan pemerolehan ThinkOfLiving.com, pemimpin pasaran di Thailand, yang merupakan kesempatan hebat di sebuah pasaran Asia Tenggara yang baru dan amat dinamik. Seterusnya, peralihan operasi kami di Singapura menjadi hub projek antarabangsa dan pemasaran projek sedang berjalan dengan sangat lancar.

Memandangkan 3 daripada 5 negara kami kini menguntungkan, 40,000 ejen melanggan perkhidmatan kami dan 500 klien pemaju turut membayar, iProperty Group kini meluaskan liputannya lebih jauh lagi di serata Asia Tenggara dan Rantau Hong Kong, serta siap sedia meraih pertumbuhan masa depan."

Tentang iProperty Group Ltd

iProperty Group LtdHeadquartered in Kuala Lumpur, Malaysia, iProperty Group Ltd (ASX:IPP) is focused on developing and operating leading real estate portals and delivering the most comprehensive set of related real estate services and project marketing across the Region. The Group owns portals which are market leaders in Malaysia, Thailand, Indonesia and the Hong Kong Region and a leading portal in Singapore. The iProperty Group is continuously working to capitalise on its market-leading positions and the rapidly growing online property advertising market throughout the region.

http://twitter.com/iProperty_com https://www.facebook.com/ipropertymalaysia https://www.linkedin.com/company/308350?trk=cws-btn-overview-0-0 abnnewswire.com 


Kontak

Georg Chmiel
Pengarah Urusan dan CEO
iProperty Group Limited
Telefon: +60 12 423 3959
E-mel: ceo@iproperty.com

Nick Geddes
Setiausaha Syarikat
iProperty Group Limited
Telefon: +61 2 9329 0277


ABN Newswire
ABN Newswire Halaman ini dilihat:  (7 Hari Terakhir: 12) (30 Hari Terakhir: 48) (Sejak Ditampilkan: 6379) 

Lihat di Bahasa Lain 63796109575352745024 (28539)

googlechart