Lihat di Bahasa Lain 2097 1574 1503 1341 1334 
Kuala Lumpur, April 27, 2015 AEST (ABN Newswire) - iProperty Group Ltd (ASX:IPP), pemilik rangkaian portal hartanah dan khidmat hartanah berkaitan Nombor 1 di Asia, hari ini menyiarkan laporan 4C bagi suku tahun pertama 2015. iProperty Group melaporkan pungutan tertinggi pernah direkodkan, hampir A$ 7.5 juta, iaitu kenaikan 41% atau A$ 2.2 juta berbanding tempoh serupa sebelumnya. Pungutan meningkat 46% bagi Malaysia dan juga Rantau Hong Kong, dan 49% bagi Indonesia, berbanding tempoh serupa sebelumnya.

Kumpulan juga merekodkan aliran tunai urusan bersih yang positif sebanyak A$ 0.4 juta serta aliran tunai keseluruhan bersih yang positif kira-kira A$ 0.1 million.

Kata Georg Chmiel, Pengarah Urusan dan CEO iProperty Group, "Kami sangat gembira dengan peningkatan jumlah pungutan dan juga aliran tunai pada suku tahun yang terbaru ini. Kami berharap trajektori pertumbuhan yang cemerlang ini akan berterusan sehingga akhir 2015."

Beliau menambah kata, "Operasi Malaysia dan Hong Kong terus meningkat, sedang Indonesia pula melanjutkan lagi kelebihan mengatasi saingan. Kami juga baru-baru ini selesai melaksanakan pemerolehan ThinkOfLiving.com, pemimpin pasaran di Thailand, yang merupakan kesempatan hebat di sebuah pasaran Asia Tenggara yang baru dan amat dinamik. Seterusnya, peralihan operasi kami di Singapura menjadi hub projek antarabangsa dan pemasaran projek sedang berjalan dengan sangat lancar.

Memandangkan 3 daripada 5 negara kami kini menguntungkan, 40,000 ejen melanggan perkhidmatan kami dan 500 klien pemaju turut membayar, iProperty Group kini meluaskan liputannya lebih jauh lagi di serata Asia Tenggara dan Rantau Hong Kong, serta siap sedia meraih pertumbuhan masa depan."

Tentang iProperty Group Ltd

iProperty Group ASX:IPP

iProperty Group Ltd (ASX:IPP), yang beribu pejabat di Kuala Lumpur, Malaysia, berfokus pada pembangunan dan pengurusan portal hartanah yang terkemuka serta penyediaan serangkaian perkhidmatan hartanah dan pemasaran projek yang paling lengkap di serata Rantau ini. Kumpulan ini memiliki sejumlah portal yang merupakan pemimpin pasaran di Malaysia, Thailand, Indonesia dan Rantau Hong Kong, selain merupakan portal terkemuka di Singapura.

iProperty Group terus menerus berusaha memanfaatkan kedudukan sebagai pemimpin pasaran serta berkembang pesatnya pasaran iklan hartanah dalam talian di seluruh rantau ini.

    


Kontak

Georg Chmiel
Pengarah Urusan dan CEO
iProperty Group Limited
Telefon: +60 12 423 3959
E-mel: ceo@iproperty.com

Nick Geddes
Setiausaha Syarikat
iProperty Group Limited
Telefon: +61 2 9329 0277


Perusahaan Terkait

iProperty Group Ltd       

ABN Newswire Halaman ini dilihat:  (7 Hari Terakhir: 8) (30 Hari Terakhir: 32) (Sejak Ditampilkan: 1503) 
ANALYTICS: LOGIN HERE

iProperty Group Ltd NEWS: RECENT VISITS (1701)

Lihat di Bahasa Lain 2097 1574 1503 1341 1334  (7849)

Media sosial