Lihat di Bahasa Lain 4351 1778 1584 1538 1359 
Kuala Lumpur, Mei 6, 2015 AEST (ABN Newswire) - Sebagai syarikat yang mengutamakan inovasi dalam segala produk dan perkhidmatannya, iProperty Group (ASX:IPP), pemilik rangkaian portal dan khidmat hartanah Nombor 1 di Asia, hari ini mengumumkan pelancaran ruang pameran digital yang bakal mengubah cara projek hartanah dipasarkan.

Berucap di majlis pelancaran ruang pameran maya 3D yang pertama dalam industri ini, Georg Chmiel, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif iProperty Group berkata produk yang dinamakan iProperty Goggle tersebut akan menghasilkan pengalaman luar biasa bagi pembeli dan pelabur, sambil menawarkan persada baru bagi pemaju hartanah mempamerkan projek mereka.

"Kami sangat bergembira melancarkan produk ini. Dengan hanya telefon bijak dan gogal realiti maya yangkhusus dicipta, produk ini bakal mengubah cara ruang pameran hartanah dipersembahkan. Pemaju hartanah dapat mempamerkan projek mereka yang terbaru dengan cara yang paling interaktif. Segala kemampuan peranti multimedia digembleng bagi mencorakkan grafik sesebuah projek hartanah dengan cara yang memikat hati, agar dapat ditawarkan serentak kepada bakal pembeli tempatan mahupun antarabangsa, serta mengurangkan kos ubah elok dan pemasaran yang perlu bagi sebuah unit pameran," jelas Chmiel.

Beliaumenambah kata, iProperty Goggles menghasilkan pengalaman realiti maya melalui gogal khas yang dipakai oleh bakal pembeli. Dengan dilengkapi telefon bijak, peranti itu akan memaparkan visual menyerupai ruang pameran, supaya pengguna dapat melihat-lihat di dalamnya secara maya.

"Keistimewaan iProperty Goggles bagi pembeli dan pelabur ialah pengalaman berjalan-jalan untuk meninjau sesuatu projek terbaru dengan pemandangan panorama 360° definisi tinggi, serta berinteraksi dengan pelan lantai 3D.Pengalaman ini mengubah cara hartanah dipamerkan. Dengan produk inovatif terbaru ini, pembeli dan pelabur benar-benar dapat mengalami suasana melihat-lihat sebuah ruang pameran hartanah tanpa perlu berada di situ secara fizikal," tambah Chmiel.

Beliau menjelaskan bahawa iProperty Group sentiasa berazam untuk menambah baik pengalaman menggelintar hartanah bagi para pembeli dan pelabur.

"Dengan iProperty Goggles, kami menghasilkan transformasi dalam cara memperagakan sesebuah hartanah kepadapembeli dan pelabur. Produk ini memberi mereka kemudahan untuk meninjau projek hartanah terbaru di mana sahaja, dan pada bila-bila masa," kata Chmiel.

Apabila ditanya bagaimana aplikasi tersebut berfaedah untuk pemaju hartanah, Chmiel menjelaskan,"Untuk pemaju hartanah, daya imaginasi sahaja yang menjadi batasan. Selain mencorakkan suasana yang hidup bagi memikat pelabur dan pembeli, pemaju juga dapat membawa mereka berjalan-jalan melalui rumah pameran dengan pelan lantai 3D, video terbang-lalu 3D, dan lawatan tapak dari bilik ke bilik secara maya.

"Pemaju kini dapat memanfaatkan persada yang berdaya tinggi ini bagi menghasilkan pengalaman yang istimewa untuk khalayak sasaran, sambil menjimatkan kos pemasaran dan ubah elok ruang pameran. Mereka dapat menggunakan aplikasi ini demi memikat bukan sahaja pelabur tempatan malah antarabangsa juga," tambah Chmiel.

Sebagai mengakhiri, beliau berkata produk ini mula-mula sekali akan dilancarkan di Malaysia. Pemaju hartanah yang ingin meninjau produk inovatif ini dapat menghubungi mobile@iproperty.com untuk penerangan lanjut.

Tentang iProperty Group Ltd

iProperty Group ASX:IPP

iProperty Group Ltd (ASX:IPP), yang beribu pejabat di Kuala Lumpur, Malaysia, berfokus pada pembangunan dan pengurusan portal hartanah yang terkemuka serta penyediaan serangkaian perkhidmatan hartanah dan pemasaran projek yang paling lengkap di serata Rantau ini. Kumpulan ini memiliki sejumlah portal yang merupakan pemimpin pasaran di Malaysia, Thailand, Indonesia dan Rantau Hong Kong, selain merupakan portal terkemuka di Singapura.

iProperty Group terus menerus berusaha memanfaatkan kedudukan sebagai pemimpin pasaran serta berkembang pesatnya pasaran iklan hartanah dalam talian di seluruh rantau ini.

    


Kontak

Debbie Pereira
Group PR Manager
iProperty Group
M: +6 016 2334 386
E: debbie.pereira@iproperty.com


Perusahaan Terkait

iProperty Group Ltd       

ABN Newswire Halaman ini dilihat:  (7 Hari Terakhir: 5) (30 Hari Terakhir: 42) (Sejak Ditampilkan: 1584) 
ANALYTICS: LOGIN HERE

iProperty Group Ltd NEWS: RECENT VISITS (1701)

Lihat di Bahasa Lain 4351 1778 1584 1538 1359  (10610)

Media sosial