Lihat di Bahasa Lain 2474 2146 1687 1243 
Kuala Lumpur, Mei 19, 2015 AEST (ABN Newswire) - iProperty Group Ltd (ASX:IPP) mengumumkan Laporan Terkini Perdagangan Kumpulan serta Penyampaiannya.

Prestasi: Sorotan Suku Pertama 2015

Semakin meningkatnya kedudukan terkemuka yang jelas di serata Malaysia, Indonesia, Thailand dan Hong Kong

Margin keuntungan meningkat - dijangka mencapai keuntungan EBITDA dan aliran tunai urusan positif pada 2015

Pertumbuhan hasil semakin cepat, sebanyak 40%* bagi suku pertama 2015. Hasil dalam talian meningkat 107% daripada pemaju hartanah dan 43% daripada ejen hartanah

Jualan urus niaga (perniagaan pemasaran projek) berganda selama 3 bulan pertama

Kadar inovasi meningkat (Mobile, Augmented Reality, Consumer Engagement)

Memasuki Perniagaan Data dan Penyelidikan

Peluang Pasaran: Ikhtisar

Rantau iProperty menawarkan peluang pertumbuhan yang sangat besar

Jumlah penduduk di pasaran iProperty kini 15 kali lebih besar daripada jumlah penduduk Australia dan masih berkembang.

Jumlah hartanah dijual di Pasaran iProperty kini lebih besar daripada pasaran Australia, dan tumbuh jauh lebih cepat. Harga juga semakin cepat mengejar paras harga Australia.

Bajet iklan hartanah di pasaran iProperty sudah pun melebih bajet di Australia.

Peralihan iklan hartanah dari luar talian ke dalam talian di pasaran iProperty kini semakin cepat.

Untuk meninjau penyampaian ini, sila lihat:
http://media.abnnewswire.net/media/en/docs/ASX-IPP-858496.pdf


Tentang iProperty Group Ltd

iProperty Group ASX:IPP

iProperty Group Ltd (ASX:IPP), yang beribu pejabat di Kuala Lumpur, Malaysia, berfokus pada pembangunan dan pengurusan portal hartanah yang terkemuka serta penyediaan serangkaian perkhidmatan hartanah dan pemasaran projek yang paling lengkap di serata Rantau ini. Kumpulan ini memiliki sejumlah portal yang merupakan pemimpin pasaran di Malaysia, Thailand, Indonesia dan Rantau Hong Kong, selain merupakan portal terkemuka di Singapura.

iProperty Group terus menerus berusaha memanfaatkan kedudukan sebagai pemimpin pasaran serta berkembang pesatnya pasaran iklan hartanah dalam talian di seluruh rantau ini.

    


Kontak

iProperty Group Ltd
WWW: www.iproperty-group.com



Perusahaan Terkait

iProperty Group Ltd       

ABN Newswire Halaman ini dilihat:  (7 Hari Terakhir: 4) (30 Hari Terakhir: 32) (Sejak Ditampilkan: 2146) 
ANALYTICS: LOGIN HERE

iProperty Group Ltd NEWS: RECENT VISITS (1701)

Lihat di Bahasa Lain 2474 2146 1687 1243  (7550)

Media sosial