Lihat di Bahasa Lain 2935 2269 1948 1644 1154 
Kuala Lumpur, Juni 9, 2015 AEST (ABN Newswire) - iProperty Group (ASX:IPP), perniagaan iklan dalam talian terkemuka di Asia untuk industri hartanah, mendedahkan bahawa produk inovatif terbarunya, iPropertyIQ, iaitu penyelesaian data besar yang memudahkan akses dan penemuan maklumat, membolehkan profesional hartanah memanfaatkan data dengan cepat untuk menghasilkan nilai perniagaan.

Semasa menerangkan lebih lanjut tawaran iPropertyIQ, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif iProperty Group, Georg Chmiel berkata, "iPropertyIQ memudahkan profesional hartanah mengetahui trend dan perilaku pengguna sehubungan dengan pasaran hartanah. Dengan data itu, mereka dapat meraih wawasan baru, meramalkan keputusan dalam masa sebenar, dan mengembangkan projek yang memenuhi keperluan pembeli hartanah."

Tambah beliau, data yang dibekalkan menggabungkan data berstruktur dan tidak berstruktur yang datang daripada sumber dalaman dan pihak ketiga.

"Melalui maklumat demografi dan gelagat pengguna, data ini membolehkan industri hartanah memahami mereka secara mendalam. Dengan dapatan ini, kita dapat memahami minat pembeli terhadap jenis hartanah tertentu, memahami trend gelintar mereka, serta memantau permintaan hartanah di semua kawasan. Selain itu, kita juga dapat memantau trend hargapelbagai hartanah. Potensi yang ditawarkan iPropertyIQ sungguh besar," jelas Chmiel.

Beliau juga menjelaskan istilah data besar dan penggunaannya bukan perkara baru. Bahkan, semakin banyak syarikat, kecil dan besar, mula menggunakan data besar dan pendekatan analisisnya demi meraih maklumat yang dapat menyokong mereka dan melayani pelanggan.

"Itulah yang kami lakukan. Sebagai portal hartanah online terkemuka di Asia, yang menarik lebih 50 juta tinjauan halaman dan 3 juta pelawat unik sebulan, kami dapat membekalkan pemaju, ejen dan agensi hartanah data berharga daripada serata pasaran di Asia," kata Chmiel.

Sebagai contoh, katanya data iPropertyIQ menunjukkan di Kuala Lumpur sahaja, 4.44% bekalan rumah ditawarkan pada harga RM200,000 hingga RM300,000, 9.70% pada harga RM300,001 hingga RM400,000, dan 13.98% pada harga RM400,001 hingga RM500,000. Baki 71.88% bekalan rumah ditawarkan pada harga melebihi RM500,000.

Tentang harga hartanah di Selangor pula, meskipun 65.8% bekalan rumah ditawarkan pada harga melebihi RM500,0000, terdapat 7.94% bekalan rumah pada harga RM200,000 hingga RM300,000, 12.33% pada harga RM300,001 hingga RM400,000, dan 13.93% pada harga RM400,001 hingga RM500,000.

"Harga yang termampu memang persoalan utama bagi penduduk Malaysia. Dapatan iPropertyIQ menunjukkan bekalan rumah pada harga termampu tidak mencukupi bagi permintaan yang meningkat," kata Chmiel lagi.

Apabila ditanya sama ada bekalan mencukupi untuk permintaan yang tinggi, Chmiel berkata data iPropertyIQ menunjukkan permintaan lebih tinggi daripada penawaran.

"Pada 2014 sahaja, permintaan hartanah di Kuala Lumpur dan Selangor melebihi penawaran sebanyak 40 kali. Pembeli hartanah mahu menetap di Kuala Lumpur dan Selangor, tetapi bekalan tidak cukup untuk memenuhi permintaan, terutama bagi hartanah yang termampu harganya," kata Chmiel.

Tambah beliau, sepuluh kawasan paling utama yang digelintar pengguna ialah Bangsar, Puchong, Cheras, Ampang, Johor Bahru, Petaling Jaya, Serdang, Shah Alam, Klang dan Mont Kiara. Jenis hartanah kediaman yang digemari dan digelintar termasuk rumah teres, kondominium/pangsapuri perkhidmatan, apartmen, banglo dan rumah sebandung.

"Inilah antara beberapa dapatan iPropertyIQ. Data yang didedahkan sangat berguna bukan sahaja untuk profesional dan pemaju hartanah tetapi juga untuk pembeli dan pelabur hartanah. Dengan maklumat ini, mereka dapat melihat kawasan mana yang paling meningkat harganya dan kawasan mana yang paling dikehendaki, serta hartanah mana yang digemari," kata Chmiel sebagai penutup.

Tentang iProperty Group Ltd

iProperty Group ASX:IPP

iProperty Group Ltd (ASX:IPP), yang beribu pejabat di Kuala Lumpur, Malaysia, berfokus pada pembangunan dan pengurusan portal hartanah yang terkemuka serta penyediaan serangkaian perkhidmatan hartanah dan pemasaran projek yang paling lengkap di serata Rantau ini. Kumpulan ini memiliki sejumlah portal yang merupakan pemimpin pasaran di Malaysia, Thailand, Indonesia dan Rantau Hong Kong, selain merupakan portal terkemuka di Singapura.

iProperty Group terus menerus berusaha memanfaatkan kedudukan sebagai pemimpin pasaran serta berkembang pesatnya pasaran iklan hartanah dalam talian di seluruh rantau ini.

    


Kontak

iProperty Group Ltd
T: +61-2-9239-0277
F: +61-2-9233-4497
WWW: www.iproperty-group.com


Perusahaan Terkait

iProperty Group Ltd       

ABN Newswire Halaman ini dilihat:  (7 Hari Terakhir: 12) (30 Hari Terakhir: 55) (Sejak Ditampilkan: 2269) 
ANALYTICS: LOGIN HERE

iProperty Group Ltd NEWS: RECENT VISITS (1701)

Lihat di Bahasa Lain 2935 2269 1948 1644 1154  (9950)

Media sosial