Lihat di Bahasa Lain 2309 2295 2059 1716 1348 
Kuala Lumpur, Juni 19, 2015 AEST (ABN Newswire) - iProperty Group Ltd (ASX:IPP), pemilik rangkaian portal hartanah dan khidmat hartanah berkaitan Nombor 1 di Asia, hari ini mengemaskinikan panduannya untuk tahun 2015. Julat panduannya bagi Hasil mahupun EBITDA telah dinaikkan memandangkan pertumbuhan perniagaan secara berterusan yang tetap mengatasi jangkaan.

Kata Georg Chmiel, Pengarah Urusan dan CEO iProperty Group, "Kami amat gembira dengan prestasi perniagaan kami selama 5 bulan pertama tahun 2015 serta harapan yang cerah bagi tahun ini seterusnya."

Beliau menambah kata, "Operasi kami di Malaysia, Thailand dan Hong Kong terus meningkat, sedang Indonesia pula melanjutkan lagi kelebihan mengatasi saingan. Peralihan operasi kami di Singapura menjadi hub projek antarabangsa dan pemasaran projek juga berjalan sangat lancar.

Memandangkan prestasi yang cemerlang ini, kami dengan yakin meningkatkan panduan Hasil dan EBITDA kami bagi tahun ini."

Bagi tahun 2015, syarikat kini menjangkakan:

- Hasil sebanyak A$32.5 juta hingga A$36 juta (panduan sebelum ini: A$30 juta hingga A$36 juta); dan

- EBITDA sebanyak A$3 juta hingga A$6 juta (panduan sebelum ini: A$2 juta hingga A$5 juta).

Anggaran ini adalah berdasarkan prestasi perniagaan selama 5 bulan pertama tahun 2015, dan aras pembilan semasa bagi bulan-bulan seterusnya, serta tertakluk pada penyerahan dengan jayanya semua projek utama yang dirancangkan dan tukaran asing pada kadar semasa. EBITDA tidak merangkumi pelunasan pembayaran / opsyen berdasarkan saham.

Untuk meninjau siaran media ini, sila kunjungi:
http://media.abnnewswire.net/media/en/docs/ASX-IPP-863152.pdf


Tentang iProperty Group Ltd

iProperty Group ASX:IPP

iProperty Group Ltd (ASX:IPP), yang beribu pejabat di Kuala Lumpur, Malaysia, berfokus pada pembangunan dan pengurusan portal hartanah yang terkemuka serta penyediaan serangkaian perkhidmatan hartanah dan pemasaran projek yang paling lengkap di serata Rantau ini. Kumpulan ini memiliki sejumlah portal yang merupakan pemimpin pasaran di Malaysia, Thailand, Indonesia dan Rantau Hong Kong, selain merupakan portal terkemuka di Singapura.

iProperty Group terus menerus berusaha memanfaatkan kedudukan sebagai pemimpin pasaran serta berkembang pesatnya pasaran iklan hartanah dalam talian di seluruh rantau ini.

    


Kontak

Georg Chmiel
Pengarah Urusan dan CEO
iProperty Group Limited
Telefon: +60 12 423 3959
E-mel: ceo@iproperty.com

Nick Geddes
Setiausaha Syarikat
iProperty Group Limited
Telefon: +61 2 9329 0277
Faks: +61 2 9233 4497
E-mel: ngeddes@austcosec.com.au



Perusahaan Terkait

iProperty Group Ltd       

ABN Newswire Halaman ini dilihat:  (30 Hari Terakhir: 49) (Sejak Ditampilkan: 2295) 
ANALYTICS: LOGIN HERE

iProperty Group Ltd NEWS: RECENT VISITS (1701)

Lihat di Bahasa Lain 2309 2295 2059 1716 1348  (9727)

Media sosial