Lihat di Bahasa Lain 2982 2464 2137 1919 1478 
Kuala Lumpur, Juni 23, 2015 AEST (ABN Newswire) - iProperty Group Ltd (ASX:IPP) berganding bahu dengan Trends Digital untuk meluaskan peluang pelaburan luar negara bagi wanita alaf baru di "Ekspo Pelaburan dan Hartanah Antarabangsa SMART 2015", yang diserikan oleh siri lumba kereta terulung di China.

"Ekspo Pelaburan dan Hartanah Antarabangsa SMART 2015", anjuran Smart Expo, ahli iProperty Group, akan berlangsung selama dua hari berturut-turut (11 dan 12 Julai 2015). Berlangsung di Kelab VIP SMART, Litar Antarabangsa Shanghai, Jiading, Shanghai, Ekspo ini menandakan kerjasama silang sektor kali pertama antara Smart Expo dengan Trends Digital, subsidiari Trends Group yang mengendalikan Trends.com.cn, salah satu portal fesyen dan gaya hidup terkemuka di China. Pelanggan VIP di Trends.com.cn akan dijemput menghadiri Ekspo bagi meninjau pelbagai projek mewah luar negara oleh pemaju dari seluruh dunia. Pameran ini akan membuka peluang pelaburan hartanah luar negara yang lebih luas bagi wanita alaf baru. Pengunjung juga akan mengalami keseronokan dan aksi lumba kereta yang mendebarkan.

Siri "Ekspo Pelaburan dan Hartanah Antarabangsa SMART 2015" Shanghai merupakan ekspo hartanah mewah berprestij yang dianjurkan bersempena dengan siri lumba kereta terulung di China. Tetamu akan mendapat akses VIP penuh ke siri Piala Clio Shanghai. Mereka juga dapat meninjau pelbagai projek pelaburan hartanah terkini oleh pemaju terkenal luar negara, sambil menjalin rangkaian dengan tetamu tempatan dan asing. Selain itu, mereka meraih pengetahuan tentang pelaburan luar negara, pelaburan saham, kewangan, pendidikan dan penghijrahan, sambil mengorak langkah pertama menuju hidup baru di luar negara.

Dari generasi ke generasi, kaum wanita hari ini semakin perkasa dan menyerlah di alam pekerjaan. Mereka juga berpengaruh di pasaran pelaburan. Trends.com.cn, portal utama Trends Group, merupakan laman sesawang fesyen pertama di China yang membawakan jenama media kelas dunia untuk wanita alaf baru di sini, supaya mereka dapat memanfaatkan kandungan media paling bergaya, asli dan mempesona. Pengguna Trends.com.cn merupakan wanita alaf baru yang berdikari dari segi kewangan dan memiliki kuasa beli yang ampuh. Wanita seperti ini semakin menonjolkan perspektif antarabangsa dalam pola pelaburan, dan sangat menyukai pelaburan jangka panjang dalam segmen tersebut.

Selama 10 tahun yang lalu, pembangunan ekonomi Shanghai yang pesat menjadikan warga setempat semakin kaya raya, serta semakin cerewet dan bijak dalam pelaburan hartanah. Menurut tinjauan dalam talian pada bulan Mac tahun ini, wanita berumur 25 hingga 30 tahun paling tinggi niatnya untuk melabur, diikuti wanita berusia 31 hingga 35 tahun. "Ekspo Pelaburan dan Hartanah Antarabangsa SMART 2015" menyajikan mereka pilihan lebih luas dari segi saluran pelaburan.

Cik Carrie Law, Pengurus Besar iProperty Group Hong Kong, berkata, "Wanita hari ini memiliki perspektif sedunia, dengan cita-cita tinggi untuk menikmati kemewahan hidup. Sifat berdikari dalam kewangan menjadikan mereka pelabur yang lebih teliti dan canggih. "Ekspo Pelaburan dan Hartanah Antarabangsa SMART 2015" mengumpulkan di bawah satu bumbung para pemaju dan ejen hartanah berbilang negara, berserta projek butik mereka, untuk menyajikan kepada pengunjung aneka pilihan pelaburan dari serata dunia. Semoga Ekspo membuka pintu bagi mereka."

Menurut Encik Winston Wei, Pengurus Besar Trends Digital, "Wanita alaf baru di China semakin berkembang menuju wawasan sedunia. Mereka berkeyakinan diri dan berdikari dari segi kewangan. Bagi mereka, bergaya bukan sekadar mengikuti perkembangan fesyen, tetapi juga berpengetahuan dalam segala bidang perniagaan, kerjaya, budaya, kewangan dan pelaburan. Melalui kerjasama dengan iProperty, kami harap dapat membawakan pengetahuan berharga ini dan pengalaman yang berbagai untuk pengguna kami."

Tentang iProperty Group Ltd

iProperty Group ASX:IPP

iProperty Group Ltd (ASX:IPP), yang beribu pejabat di Kuala Lumpur, Malaysia, berfokus pada pembangunan dan pengurusan portal hartanah yang terkemuka serta penyediaan serangkaian perkhidmatan hartanah dan pemasaran projek yang paling lengkap di serata Rantau ini. Kumpulan ini memiliki sejumlah portal yang merupakan pemimpin pasaran di Malaysia, Thailand, Indonesia dan Rantau Hong Kong, selain merupakan portal terkemuka di Singapura.

iProperty Group terus menerus berusaha memanfaatkan kedudukan sebagai pemimpin pasaran serta berkembang pesatnya pasaran iklan hartanah dalam talian di seluruh rantau ini.

    


Kontak

iProperty
Cik Laura Ho
Telefon: +852-3576-3154
E-mel: laura.ho@iproperty.com

Smart Expo
Cik Susanna Chan
Telefon: +852-3575-8103 / +852-9262-5076
E-mel: susanna.chan@smartexpos.com

Trends Digital
Cik Cecila Li
Telefon: +86-10-6589-5320
E-mel: cecilali@trends.com.cn


Perusahaan Terkait

iProperty Group Ltd       

ABN Newswire Halaman ini dilihat:  (7 Hari Terakhir: 6) (30 Hari Terakhir: 57) (Sejak Ditampilkan: 2464) 
ANALYTICS: LOGIN HERE

iProperty Group Ltd NEWS: RECENT VISITS (1789)

Lihat di Bahasa Lain 2982 2464 2137 1919 1478  (10980)

Media sosial