Lihat di Bahasa Lain 3366 2347 1890 1839 1545 
Kuala Lumpur, Juli 7, 2015 AEST (ABN Newswire) - iProperty Group Ltd (ASX:IPP), pemilik rangkaian portal hartanah dan khidmat hartanah berkaitan Nombor 1 di Asia, hari ini menyiarkan laporan 4C bagi suku tahun kedua 2015.

iProperty Group melaporkan satu lagi rekod suku tahun dengan pungutan sebanyak A$8.85 juta, yang tertinggi pernah disaksikan, 48% melebihi tempoh yang sama sebelumnya dan kira-kira A$1.4 juta melebihi suku tahun pertama 2015. Pungutan meningkat di setiap negara operasinya.

iProperty Group merakamkan aliran tunai urusan bersih sebanyak A$0.65 juta bagi suku tahun ini, sangat positif meskipun Malaysia melaksanakan GST yang menjejaskan aliran tunai urusan bersih untuk satu kali sahaja, mengurangkannya sebanyak A$0.13 juta.

Georg Chmiel, Pengarah Urusan dan CEO iProperty Group, berkata, "Aliran tunai yang berterusan positif ini mencerminkan pertumbuhan cemerlang perniagaan-perniagaan kami selama beberapa suku tahun lalu. Kami menjangka dapat meneruskan pertumbuhan luar biasa ini di sepanjang tahun 2015 dan mengotakan panduan prestasi lebih tinggi yang disiarkan pada 19 Jun 2015."

Beliau menambah kata, "Hasil ini sekali lagi menegaskan kelebihan iProperty Group sebagai pemimpin pasaran di Asia Tenggara dan Rantau Hong Kong. Di rantau ini, kami tumbuh pesat, meraih keuntungan, dan tetap positif aliran tunai."

Untuk meninjau siaran media ini, sila kunjungi:
http://media.abnnewswire.net/media/en/docs/ASX-IPP-866372.pdf


Tentang iProperty Group Ltd

iProperty Group ASX:IPP

iProperty Group Ltd (ASX:IPP), yang beribu pejabat di Kuala Lumpur, Malaysia, berfokus pada pembangunan dan pengurusan portal hartanah yang terkemuka serta penyediaan serangkaian perkhidmatan hartanah dan pemasaran projek yang paling lengkap di serata Rantau ini. Kumpulan ini memiliki sejumlah portal yang merupakan pemimpin pasaran di Malaysia, Thailand, Indonesia dan Rantau Hong Kong, selain merupakan portal terkemuka di Singapura.

iProperty Group terus menerus berusaha memanfaatkan kedudukan sebagai pemimpin pasaran serta berkembang pesatnya pasaran iklan hartanah dalam talian di seluruh rantau ini.

    


Kontak

iProperty Group Limited:

Georg Chmiel
Pengarah Urusan dan CEO
Telefon: +60-12-423-3959
E-mel: ceo@iproperty.com
iProperty Group Limited

Nick Geddes
Setiausaha Syarikat
Tel: +61-2-9329-0277
Faks: +61-2-9233-4497
E-mel: ngeddes@austcosec.com.au



Perusahaan Terkait

iProperty Group Ltd       

ABN Newswire Halaman ini dilihat:  (7 Hari Terakhir: 14) (30 Hari Terakhir: 52) (Sejak Ditampilkan: 2347) 
ANALYTICS: LOGIN HERE

iProperty Group Ltd NEWS: RECENT VISITS (1701)

Lihat di Bahasa Lain 3366 2347 1890 1839 1545  (10987)

Media sosial