Lihat di Bahasa Lain 2503 1930 1257 971 957 
Kuala Lumpur, Okt 6, 2015 AEST (ABN Newswire) - iProperty Group Ltd (ASX:IPP), pemilik rangkaian portal hartanah dan khidmat hartanah berkaitan Nombor 1 di Asia, hari ini menyiarkan laporan 4C bagi suku tahun ketiga 2015.

iProperty Group melaporkan satu lagi suku tahun rekod dengan pungutan tunai A$8.6 juta, merangkumi kenaikan A$3.4 juta atau 67% berbanding dengan suku tahun yang sama pada 2014. Suku tahun ketiga biasanya menghasilkan pungutan tunai paling lemah dalam setahun disebabkan faktor musiman, namun pungutan tunai iProperty Group berkembang teguh di semua pasaran.

Kumpulan juga berjaya mencatatkan aliran tunai urusan bersih yang positif sebanyak A$0.5 juta, iaitu tempoh aliran tunai operasi positif yang ketiga berturut-turut, serta aliran tunai positif A$0.2 juta. Hasil ini dicapai meskipun pembayaran awal dibuat untuk pelbagai ekspo hartanah 2016 dan tukaran wang asing kurang baik semasa suku tahun ini.

Georg Chmiel, Pengarah Urusan dan CEO iProperty Group, berkata, "Sekali lagi, aliran tunai yang berterusan kukuh ini mencerminkan pertumbuhan cemerlang yang dialami pelbagai perniagaan kami selama beberapa suku tahun lalu. Kami menjangka dapat meneruskan hala tuju pertumbuhan yang istimewa ini sehingga akhir 2015, sejajar dengan panduan kami."

Beliau menambah kata, "Hasil ini sekali lagi menegaskan kelebihan iProperty Group sebagai pemimpin pasaran di Asia Tenggara dan Rantau Hong Kong. Di rantau ini, kami tumbuh pesat, meraih keuntungan, dan tetap positif aliran tunai."

Untuk meninjau siaran media ini, sila kunjungi:
http://media.abnnewswire.net/media/en/docs/ASX-IPP-883090.pdf


Tentang iProperty Group Ltd

iProperty Group ASX:IPP

iProperty Group Ltd (ASX:IPP), yang beribu pejabat di Kuala Lumpur, Malaysia, berfokus pada pembangunan dan pengurusan portal hartanah yang terkemuka serta penyediaan serangkaian perkhidmatan hartanah dan pemasaran projek yang paling lengkap di serata Rantau ini. Kumpulan ini memiliki sejumlah portal yang merupakan pemimpin pasaran di Malaysia, Thailand, Indonesia dan Rantau Hong Kong, selain merupakan portal terkemuka di Singapura.

iProperty Group terus menerus berusaha memanfaatkan kedudukan sebagai pemimpin pasaran serta berkembang pesatnya pasaran iklan hartanah dalam talian di seluruh rantau ini.

    


Kontak

Georg Chmiel
Pengarah Urusan dan CEO
Telefon: +60 12 423 3959
E-mel: ceo@iproperty.com

Nick Geddes
Setiausaha Syarikat
Telefon: +61 2 9329 0277
Faks: +61 2 9233 4497
E-mel: ngeddes@austcosec.com.au



Perusahaan Terkait

iProperty Group Ltd       

ABN Newswire Halaman ini dilihat:  (7 Hari Terakhir: 17) (30 Hari Terakhir: 77) (Sejak Ditampilkan: 1930) 
ANALYTICS: LOGIN HERE

iProperty Group Ltd NEWS: RECENT VISITS (1701)

Lihat di Bahasa Lain 2503 1930 1257 971 957  (7618)

Media sosial