Lihat di Bahasa Lain 3371 2338 2034 1816 1212 
Kuala Lumpur, Okt 7, 2015 AEST (ABN Newswire) - iProperty Group Ltd (ASX:IPP), pemilik rangkaian portal hartanah dan khidmat hartanah berkaitan Nombor 1 di Asia, hari ini mengumumkan pihaknya telah menandatangani perjanjian untuk memperoleh Prakard.com, portal hartanah terkemuka Thailand. Perolehan ini hanya 6 bulan setelah iProperty Group memasuki pasaran Thailand dengan mengambil alih portal terkemuka ThinkOfLiving.com pada bulan April 2015.

Prakard.com menarik kira-kira 500 ribu hingga 600 ribu pengunjung unik setiap bulan, dari sumber organik semata-mata, mencerminkan kelebihan luar biasa dan kejayaan mendekati pengguna portal. Perniagaan ini meraih untung.

Dalam integrasi ini, Prakard.com akan menjalani perubahan wajah selama 6 bulan berikut, dan menjadi tulang belakang kemasukan iProperty ke dalam segmen senarai perseorangan dan pasaran ejen (hartanah sekunder).

ThinkOfLiving.com akan tetap berfokus pada segmen pemaju hartanah. Operasi gabungan ini dijangka mantap menguntungkan dan menarik lebih 1 juta pengunjung unik setiap bulan, terutamanya dari sumber organik.

Harga belian kira-kira Baht 71 juta (kira-kira AS$2.7 juta) akan dibayar secara 2 ansuran, dibiayai menggunakan rizab tunai dan aliran tunai.

"Perolehan Prakard.com mengukuhkan lagi kedudukan kami sebagai pemimpin pasaran Thai yang sangat rancak. Kami telah menjalani penyatuan kepimpinan melalui perolehan seperti ini di Hong Kong pada akhir 2014 dan di Malaysia beberapa tahun lalu. Kami percaya entiti gabungan kami merupakan pelantar yang hebat untuk membina perniagaan yang luar biasa," kata Georg Chmiel, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif iProperty Group.

Thailand, dengan penduduk seramai 68 juta orang, sedang berkembang pasaran hartanahnya. Lebih 180,000 jualan hartanah dilaksanakan setiap tahun di kawasan Bangkok Raya sahaja - jauh lebih tinggi daripada Sydney atau Melbourne. Harga hartanah dari segi sejarah berkembang kira-kira 5% setahun, menurut kajian oleh kumpulan hartanah Engels & Voelkers. Menurut Global Property Guide 2014, harga hartanah di Thailand kira-kira 50% lebih mahal daripada Malaysia.

Jika syarat-syarat tertentu dapat dipenuhi, perolehan ini dijangka selesai dalam masa 2 bulan akan datang.

Untuk meninjau siaran media ini, sila kunjungi:
http://media.abnnewswire.net/media/en/docs/ASX-IPP-883351.pdf


Tentang iProperty Group Ltd

iProperty Group ASX:IPP

iProperty Group Ltd (ASX:IPP), yang beribu pejabat di Kuala Lumpur, Malaysia, berfokus pada pembangunan dan pengurusan portal hartanah yang terkemuka serta penyediaan serangkaian perkhidmatan hartanah dan pemasaran projek yang paling lengkap di serata Rantau ini. Kumpulan ini memiliki sejumlah portal yang merupakan pemimpin pasaran di Malaysia, Thailand, Indonesia dan Rantau Hong Kong, selain merupakan portal terkemuka di Singapura.

iProperty Group terus menerus berusaha memanfaatkan kedudukan sebagai pemimpin pasaran serta berkembang pesatnya pasaran iklan hartanah dalam talian di seluruh rantau ini.

    


Kontak

Georg Chmiel
Pengarah Urusan dan CEO
Telefon: +60 12 423 3959
E-mel: ceo@iproperty.com

Nick Geddes
Setiausaha Syarikat
Telefon: +61 2 9329 0277
Faks: +61 2 9233 4497
E-mel: ngeddes@austcosec.com.au



Perusahaan Terkait

iProperty Group Ltd       

ABN Newswire Halaman ini dilihat:  (7 Hari Terakhir: 58) (30 Hari Terakhir: 214) (Sejak Ditampilkan: 2338) 
ANALYTICS: LOGIN HERE

iProperty Group Ltd NEWS: RECENT VISITS (1821)

Lihat di Bahasa Lain 3371 2338 2034 1816 1212  (10771)

Media sosial