Lihat di Bahasa Lain 2901 2242 2194 1870 1438 
Kuala Lumpur, Nop 23, 2015 AEST (ABN Newswire) - Mulai hari ini, semua iklan hartanah Australia di laman sesawang hartanah Bahasa Cina myfun.com akan disindikasikan ke pelbagai laman iProperty (ASX:IPP) yang terpilih di Hong Kong dan Asia Tenggara.

Menyusuli percubaan yang berjaya pada bulan September, melibatkan sindikasi 3,000 iklan dari senarai myfun.com ke wadah antarabangsa iProperty Group, rancangan sindikasi ini diluaskan pula sehingga mencakup lebih 40,000 iklan hartanah Australia dari myfun.com, termasuk iklan kediaman dan komersial serta projek pemaju.

Bagaimana Caranya:

Mulai hari ini, semua iklan yang disenaraikan di myfun.com akan disindikasikan ke pelbagai laman iProperty di Malaysia, Singapura, Filipina, Hong Kong, Macau, Indonesia dan Thailand. Rancangan ini merupakan tambahan kepada sindikasi yang disediakan sekarang melalui sesawang rakan di China dan Hong Kong (fang.com, ausproperty.cn, squarefoot.com.hk dan gohome.com.hk).

Dengan sindikasi antarabangsa yang meningkat ini, khalayak pembaca yang meninjau iklan hartanah di myfun.com akan meningkat juga, memenuhi peningkatan minat pada hartanah Australia di kalangan pembeli di China dan Asia Tenggara.

Arthur Charlaftis, Ketua Pegawai Eksekutif Antarabangsa, berkata: "Hartanah semakin menjadi suatu tawaran perniagaan sedunia. Kami sukacita dapat memberi sokongan kepada pelanggan kami dan penjual mereka, dengan meluaskan jangkauan iklan hartanah kepada khalayak terbesar dan paling aktif di Asia Tenggara. Pasaran hartanah Australia begitu luar biasa daya tarikannya kepada pelabur luar negara. Peluang untuk menghubungi calon pembeli, walau di mana mereka berada, harus menjadi keutamaan semua pemilik hartanah."

Peluasan ini menyusuli pengumuman pada 2 November 2015 bahawa REA Group, syarikat induk myfun.com, bercadang untuk memperoleh iProperty Group 100% pada awal 2016. REA Group pada masa ini memegang saham 22.7% di iProperty.

Tentang REA Group Limited: (www.rea-group.com):

REA Group Limited (ASX:REA) (OTCMKTS:RPGRF) merupakan perniagaan iklan digital multinasional khusus dalam bidang hartanah. REA mengendalikan dua laman sesawang terkemuka Australia dalam bidang hartanah kediaman dan komersial, iaitu realestate.com.au dan realcommercial.com.au, laman sesawang Eropah casa.it, atHome.lu dan immoRegion.fr, serta laman sesawang hartanah China myfun.com. REA juga memiliki saham yang besar dalam Move, Inc. dari Amerika Syarikat, serta iProperty Group Ltd (IPP), yang disenaraikan di bursa ASX dan mengendalikan sejumlah laman sesawang hartanah di Asia.

Tentang iProperty Group Ltd

iProperty Group ASX:IPP

iProperty Group Ltd (ASX:IPP), yang beribu pejabat di Kuala Lumpur, Malaysia, berfokus pada pembangunan dan pengurusan portal hartanah yang terkemuka serta penyediaan serangkaian perkhidmatan hartanah dan pemasaran projek yang paling lengkap di serata Rantau ini. Kumpulan ini memiliki sejumlah portal yang merupakan pemimpin pasaran di Malaysia, Thailand, Indonesia dan Rantau Hong Kong, selain merupakan portal terkemuka di Singapura.

iProperty Group terus menerus berusaha memanfaatkan kedudukan sebagai pemimpin pasaran serta berkembang pesatnya pasaran iklan hartanah dalam talian di seluruh rantau ini.

    


Kontak

iProperty Group Ltd
Telefon: +60 3 2264 6888
Laman sesawang: www.iproperty-group.com


Perusahaan Terkait

REA Group Limited      
iProperty Group Ltd       

ABN Newswire Halaman ini dilihat:  (7 Hari Terakhir: 36) (30 Hari Terakhir: 199) (Sejak Ditampilkan: 2242) 
ANALYTICS: LOGIN HERE

iProperty Group Ltd NEWS: RECENT VISITS (1701)

Lihat di Bahasa Lain 2901 2242 2194 1870 1438  (10645)

Media sosial