Lihat di Bahasa Lain 2504 2067 1578 1499 1181 
Sydney, Jan 28, 2016 AEST (ABN Newswire) - iProperty Group Limited (iProperty) (ASX:IPP) mengumumkan bahawa para pemegang saham iProperty hari ini telah mengundi, dalam jumlah majoriti yang diwajibkan, untuk menyokong skim aturan antara iProperty dengan para pemegang saham (Skim). Di bawah Skim itu, yang dijelaskan dalam buku panduan skim bertarikh 14 Disember 2015, REA Group Limited akan memperoleh semua saham biasa diterbitkan dalam iProperty (jika seseorang ahli REA Group belum miliki) melalui Austin Bidco Pty Ltd, subsidiari yang baharu diperbadankan.

Untuk meninjau laporan undian, sila layari:
http://media.abnnewswire.net/media/en/docs/ASX-IPP-903342.pdf


Tentang iProperty Group Ltd

iProperty Group ASX:IPP

iProperty Group Ltd (ASX:IPP), yang beribu pejabat di Kuala Lumpur, Malaysia, berfokus pada pembangunan dan pengurusan portal hartanah yang terkemuka serta penyediaan serangkaian perkhidmatan hartanah dan pemasaran projek yang paling lengkap di serata Rantau ini. Kumpulan ini memiliki sejumlah portal yang merupakan pemimpin pasaran di Malaysia, Thailand, Indonesia dan Rantau Hong Kong, selain merupakan portal terkemuka di Singapura.

iProperty Group terus menerus berusaha memanfaatkan kedudukan sebagai pemimpin pasaran serta berkembang pesatnya pasaran iklan hartanah dalam talian di seluruh rantau ini.

    


Kontak

iProperty Group Ltd
Telefon: +60 3 2264 6888
WWW: www.iproperty-group.com



Perusahaan Terkait

iProperty Group Ltd       

ABN Newswire Halaman ini dilihat:  (7 Hari Terakhir: 40) (30 Hari Terakhir: 202) (Sejak Ditampilkan: 2067) 
ANALYTICS: LOGIN HERE

iProperty Group Ltd NEWS: RECENT VISITS (1789)

Lihat di Bahasa Lain 2504 2067 1578 1499 1181  (8829)

Media sosial