Lihat di Bahasa Lain
     

iProperty Group Ltd (ASX:IPP), pemilik rangkaian portal hartanah dan khidmat hartanah berkaitan Nombor 1 di Asia, hari ini menyiarkan laporan 4C terakhir untuk tahun 2015.

iProperty Group melaporkan pungutan tunai rekod A$32.3 juta, iaitu kenaikan A$10.7 juta atau 50% melebihi angka tahun 2014. Prestasi ini dicapai meskipun kadar tukaran Ringgit Malaysia semakin lemah berbanding dengan Dolar Australia, dan operasi Malaysia menyumbangkan lebih 50% daripada hasil dan pungutan tahunan.

Kumpulan juga mencapai aliran tunai urusan bersih yang positif, dalam tempoh aliran tunai urusan positif yang keempat berturut-turut. Keputusan ini sangat istimewa memandangkan pembayaran awal oleh iProperty untuk beberapa ekspo hartanah 2016, pasaran hartanah yang semakin lemah, kadar tukaran wang asing yang kurang baik, dan biaya yang dikeluarkan untuk skim percantuman IPP-REA suku tahun lalu.

Georg Chmiel, Pengarah Urusan dan CEO iProperty Group, berkata, "Sekali lagi, keputusan ini mencerminkan pertumbuhan cemerlang pelbagai perniagaan kami sejak beberapa suku tahun sebelumnya. Kami menjangka dapat meneruskan pertumbuhan ini sebagai ahli REA Group mulai Februari 2016, iaitu apabila skim percantuman diluluskan."

Perangkaan ini dapat dilihat di:
http://media.abnnewswire.net/media/en/docs/ASX-IPP-902113.pdf

Tentang iProperty Group Ltd

Headquartered in Kuala Lumpur, Malaysia, iProperty Group Ltd (ASX:IPP) is focused on developing and operating leading real estate portals and delivering the most comprehensive set of related real estate services and project marketing across the Region. The Group owns portals which are market leaders in Malaysia, Thailand, Indonesia and the Hong Kong Region and a leading portal in Singapore. The iProperty Group is continuously working to capitalise on its market-leading positions and the rapidly growing online property advertising market throughout the region.

    

Kontak

iProperty Group Limited
Georg Chmiel
Pengarah Urusan dan CEO
Tel: +60 12 423 3959
E-mel: ceo@iproperty.com

iProperty Group Limited
Nick Geddes
Setiausaha Syarikat
Tel: +61 2 9239 0277
E-mel: ngeddes@austcosec.com.au



Link: iProperty (IPP:AU) Mencapai Pertumbuhan Rekod 50% dalam Pungutan Tunai Tahunan



Perusahaan Terkait

iProperty Group Ltd
      


Industri Topik Terkait:
Real Estat Umum

 (33262)