Lihat di Bahasa Lain
     


iProperty Group Ltd (ASX:IPP), pemilik rangkaian portal hartanah dan khidmat hartanah berkaitan Nombor 1 di Asia, hari ini menyiarkan laporan 4C bagi suku tahun kedua 2015.

iProperty Group melaporkan satu lagi rekod suku tahun dengan pungutan sebanyak A$8.85 juta, yang tertinggi pernah disaksikan, 48% melebihi tempoh yang sama sebelumnya dan kira-kira A$1.4 juta melebihi suku tahun pertama 2015. Pungutan meningkat di setiap negara operasinya.

iProperty Group merakamkan aliran tunai urusan bersih sebanyak A$0.65 juta bagi suku tahun ini, sangat positif meskipun Malaysia melaksanakan GST yang menjejaskan aliran tunai urusan bersih untuk satu kali sahaja, mengurangkannya sebanyak A$0.13 juta.

Georg Chmiel, Pengarah Urusan dan CEO iProperty Group, berkata, "Aliran tunai yang berterusan positif ini mencerminkan pertumbuhan cemerlang perniagaan-perniagaan kami selama beberapa suku tahun lalu. Kami menjangka dapat meneruskan pertumbuhan luar biasa ini di sepanjang tahun 2015 dan mengotakan panduan prestasi lebih tinggi yang disiarkan pada 19 Jun 2015."

Beliau menambah kata, "Hasil ini sekali lagi menegaskan kelebihan iProperty Group sebagai pemimpin pasaran di Asia Tenggara dan Rantau Hong Kong. Di rantau ini, kami tumbuh pesat, meraih keuntungan, dan tetap positif aliran tunai."

Untuk meninjau siaran media ini, sila kunjungi:
http://media.abnnewswire.net/media/en/docs/ASX-IPP-866372.pdf


Tentang iProperty Group Ltd

Headquartered in Kuala Lumpur, Malaysia, iProperty Group Ltd (ASX:IPP) is focused on developing and operating leading real estate portals and delivering the most comprehensive set of related real estate services and project marketing across the Region. The Group owns portals which are market leaders in Malaysia, Thailand, Indonesia and the Hong Kong Region and a leading portal in Singapore. The iProperty Group is continuously working to capitalise on its market-leading positions and the rapidly growing online property advertising market throughout the region.

    

Kontak

iProperty Group Limited:

Georg Chmiel
Pengarah Urusan dan CEO
Telefon: +60-12-423-3959
E-mel: ceo@iproperty.com
iProperty Group Limited

Nick Geddes
Setiausaha Syarikat
Tel: +61-2-9329-0277
Faks: +61-2-9233-4497
E-mel: ngeddes@austcosec.com.au



Link: iProperty (IPP:AU) menikmati Rekod Pungutan Tunai Suku Tahun dan Aliran Tunai Positif


Perusahaan Terkait

iProperty Group Ltd
      


Industri Topik Terkait:

 (42177)